Tuesday, July 10, 2012

Sejarah Office Chair

Kami adalah pekerja-pekerja biasa yang ada boss-boss yang berpikiran "kualiti tinggi, kos rendah" punya mission imposibleyyyy... Memang gila di buatnya kalau kerja company ni, tak macam kerja "perintah".. Santai~ eleh~ mengaku je la.. Masuk pukul 8 keluar pukul 5.. Sabtu halfday, Ahad cuti.. "Emo" Kami Kerja 6 hari Seminggu dari pukul 6.30am hingga 6.30pm~ tak boleh kluar awal seminit pun.. Kalau tak memang menyalak la boss kami.. aduhai.. 

Itu just F.Y.i je.. hahaha~~ Time aku tengah boring, otak aku tetap berfungsi. Mata aku tengok kat kerusi dalam ofis ni, terus otak aku tertanya, sapa la mamat yang menciptakan kerusi ni ek?  This one is about chair & i'm bored. hehehe~~

Kerusi. Barang yang selalu kita guna setiap hari. Tapi kamu pernah tak terpikir siapa lah yang menciptakan kerusi pertama di dunia? Menurut sejarah arkeologi, terdapat kerusi yang di jumpai di dalam makam Firaun Mesir. Ada juga yang menyatakan ia berasal dari zaman Sumarian kerana terjumpa sebuah patung berhala Dewi Inanna yang berumur 4,500 tahun dahulu yang sedang duduk di atas kerusi. Kerusi adalah sesuatu barang yang hanya digunakan oleh golongan-golongan bangsawan sahaja pada masa dahulu. Orang-orang biasa hanya duduk sila diatas tanah. So, kalau kamu tengah duduk di atas kerusi tu ingat-ingat lah bahawa zaman dahulu hanya golongan-golongan elite sahaja yang duduk atas kerusi.





Sebuah kerusi adalah sebuah permukaan yang ditinggikan daripada suatu permukaan tanah rata dan digunakan sebagai tempat untuk seseorang duduk. Biasa nya, kerusi disokong oleh empat kaki dan mempunyai bahagian belakang untuk disandar. Sebuah kerusi juga boleh memiliki tiga kaki atau memiliki bentuk berbeza.

Kerusi Office. Salah satu perekacipta terawal kerusi ofis yang pernah dicatat adalah pakar naturalist Charles Darwin. Beliau telah menambahkan roda pada kaki kerusi ofis beliau semasa menyedari bahawa beliau mahu menjimatkan masa semasa mengambil spesimen di dalam pejabat beliau. Gambar dibawah menunjukkan ofis beliau yang sebenar. 


Pada pertengahan abad ke-19, dunia bisness mula berkembang dengan pesat dan kepentingan persekitaran pejabat menjadi perkara yang sangat penting. Persekitaran pejabat yang kondusif mampu menambahkan ke'effisien'an (efficiency) pekerja-pekerja mereka. Otto von Bismarck (b. 1815) merupakan orang yang mula-mula mempopularkan kerusi ofis ini dengan cara mengedarkan kerusi ofis ini di ofis beliau bekerja. Thomas E. Warren (b. 1808) seorang perekacipta dari Amerika telah menciptakan kerusi ofis yang serupa seperti kerusi ofis zaman sekarang, cuma besar sikit dan berat gila. Kerusi ini digelar 'Centripetal Spring Armchair' yang direka pada tahun 1849 dan dihasilkan secara komersil oleh American Chair Company dari Troy, New York, Amerika Syarikat. 


Pada zaman Thomas E. Warren, kebanyakan ofis telah mula menggunakan kerusi ini. Mereka sangat suka dengan keunikan kerusi ini yang boleh membengkok ke semua arah disebabkan 8 jalur besi yang terdapat di tengah-tengah kaki kerusi tersebut. Ia diperbuat dari besi tuang (cast iron), keluli dan baldu. 

Zaman sekarang, kerusi ofis tidak lah begitu berat dan bahaya seperti kerusi zaman uncle Sam tu. Sekarang hampir semua kerusi ofis diperbuat daripada plastik yang tahan lasak dan kain span yang murah. Ada juga yang mahal tetapi tu Executive punya lah. 

unique office chair design high backrest

Di German, terdapat pesta sukan tahunan lumba kerusi ofis yang diadakan di sebuah bandar kecil, Bad Koenig, Utara Frankfurt. Peserta-peserta akan berlumba menuruni bukit sejauh 200m. cargocollective


Terdapat juga kerusi ofis yang boleh digunakan sebagai alat bersenaman. Benjamin Cselly telah merekacipta 'The Fitness@Work Chair' oleh YankoDesign,  kerusi ofis konsep ini boleh digunakan sebagai mesin excercise. 

092311 rg FitAtWorkChair 01

Kerusi Office ini mempunyai ciri-ciri seperti tahan lasak dan lebih stabil. Ini adalah salah satu cara untuk mengempiskan perut anda yang boroi itu. Satu cara lagi adalah mengangkat diri anda dari kerusi tersebut dan pergi jogging, lagi kos effektif. 

092311 rg FitAtWorkChair 02


I graduated thanks to Wiki and Mr. Google

No comments:

Post a Comment