Wednesday, July 11, 2012

Bagaimana Kucing Anda Mampu Mengawal Fikiran Anda?

Baru-baru ni, pernah tak anda terdengar tentang hal ini? Kucing mampu mengawal fikiran anda? Firstime aku dengar pasal bende ni aku mula rasa pelik (bukan rasa mau terberak), aku tertanya "aik? betul ke?" Then i found out something about kucing. Yes, its true ladies and gentleman. Kalau anda tak jaga kebersihan kucing anda, mereka pasti akan menjadi Host @ pembawa parasit protozoa Toxoplasma gondii. Dalam kes tertentu (HowYourCatIsMakingYouCrazy), parasit ini menyumbang kepada masalah neurologi terhadap manusia. Terdapat kes dimana golongan wanita yang membela kucing yang terjangkit parasit ini lebih cenderung untuk mebunuh diri.


Sample Taxoplasma gondii 



Apa tu Taxoplasma gondii ?? Let me explain briefly. Taxoplasma gondii atau lebih dikenali sebagai T.gondii adalah sejenis parasit yang membiak di dalam usus. Parasit ini suka menjangkiti golongan 'darah panas' (warm-blooded) seperti haiwan berdarah panas, termasuk la manusia tetapi Host @ pembawa utama adalah daripada felid family iaitu golongan kucing. Parasit ini merebak melalui penghadaman daging yang telah terjangkit, tahi kucing, mahupun merebak daripada ibu yang terjangkit terus kepada anak dalam kandungan nya (boleh membawa maut kepada anak dalam kandung)..

Kitaran Parasit T. gondii dan cara ia merebak


Bagaimana parasit ni merebak sampai berjangkit ke manusia?

The answer is, kalau anda tidak menjaga kebersihan kucing anda, terutamanya tidak menjaga pemakanan kucing anda (main sebarang je sumbat makanan) pasti mereka (kucing anda) ada kemungkinan untuk dijangkiti parasit ini secara tidak sengaja. Protoza parasit ini biasanya terdapat di dalam golongan tikus, burung-burung kecil dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Apabila kucing anda makan/termakan haiwan-haiwan kecil ini, kucing anda akan memainkan peranan penting sebagai pembawa utama (primary host) parasit ini. Macam ni, tikus tu hanya lah pembawa sampingan, tetapi kucing anda adalah pembawa utama kerana parasit ini hanya boleh membiak dengan gembira didalam usus penghadaman kucing anda. 

Sample Coccidia occysts didalam tahi cirit kucing
Parasit ini membiak/menggandakan dirinya didalam usus penghadaman kucing. Sehingga 2,3 minggu selepas dijangkiti, berjuta-juta lemon anak parasit T.gondii ini terhasil. Ia digelar Occysts dan ia ikut keluar bersama tahi-tahi kucing yang telah dijangkiti itu. Sesiapa mahupun manusia atau haiwan lain yang tersentuh tahi kucing ni adalah terdedah kepada bahaya jangkitan parasit T.gondii ini. This means that sekiranya anda tersentuh kotak taik kucing (cats litter box), tanah yang terjangkit, mahupun air yang terjangkit, anda mungkin terdedah kepada parasit ini. Bak kata orang, dimana ada jalan, disitu ada highwayy taik. 

ARGH!!!! menakutkan!!!!! so, adakah ini bermaksud anda tak patut bela kucing??

Tidak lah. Nak bela boleh. Bukan semua kucing dah terjangkit. Yang penting anda jaga kucing anda. Jangan suruh ia memakan bangkai tikus ataupun memandai pergi memburu burung. Bagi makanan yang sihat, kalau boleh yang Halal Toyiba. Sekali sekala bawa la kucing kesayangan anda tu ke klinik haiwan, cek kesihatan kucing anda. Anda juga pergi la cek darah anda di klinik manusia, tanya doktor pasal parasit ni. Kan mencegah itu lebih afdal daripada mengubati. 


read this winnfelinehealth
More info sila lah ke wikipedia.org (keyword Toxoplasma gondii)

1 comment:

  1. P/s
    Jgn makan telor penyu keyh, walaupun sedap~ http://bit.ly/Nxfp4v :)

    ReplyDelete