Sunday, July 1, 2012

Apa Nak Buat Apabila Anda Keboringan?

ok2~ sudah tentu la kalau anda sedang keboringan, orang akan berpesan kamu supaya buat la benda-benda yang berfaedah seperti beriadah, bersukan, ataupun mendekatkan diri kepada tuhan dan lain-lain. Tapi benda-benda itu kita akan juga buat, eventually.

hehe~ so enough with the keinsafan sebentar, mari saya inform kamu semua idea-idea yang boleh kamu cuba untuk menghilangkan/mengubati keboringan anda..

Firstly, cuba bawa berbincang dengan geng kamu, apa nak buat bila keboringan. Kalau semua buat muka, termasuk anda sekali, tak da cara lain da selain tanya Encik Google.com~ 

Secondly, apabila suda bertanya dengan Encik Google.com, mesti Encik Google.com suruh baca Blog Kami Boring kan? hahahaa~ itu sebab anda baca ni.. kan...? ^o^ hohoohoo~

Thirdly, sekarang baru kamu perasan something.. ada perasan tak yang aku ni da buangkan masa kamu semua supaya membaca entry ni.. hahahaa~ sori3~ saja je nak begurau sakit kan hati~~ lalalaaalaa~~

Berikut adalah senarai secara Am/General top 10, Apa Nak Buat Apabila Anda Keboringan.. yang selalu kami amalkan.


1. Membaca. Membaca tu kan jambatan ilmu. Baca la bahan-bahan bacaan yang boleh di baca dan selagi boleh dibaca, seperti iklan BR1M Janji Dimenepatikannya di tepi jalan, surat khabar lama yang digunakan untuk lap tingkap rumah, baca blog, baca post FB kawan, baca Twitter (bagi yang ada), baca subtitle movie, dan lain-lain. Selagi boleh dibaca tu, kamu baca je la. Baca kuat-kuat sambil bernyanyi.. Best kan~!! 


2. Menonton Movie. Tak kesah la kamu menonton movie crita apa ka, kat laptop ke, wayang ke kat kantin ke, kat mana-mana la, yang penting kamu tengok movie tu. Paling aku suka tengok crita korea, RUNNING MAN!! Best betul tengok gaya bodoh-bodoh pintar mereka ni. Ketawa terbahak-bahak anda, pasti. Download je, tanya Encik Google.com. Kshownow  Jangan lupa baca subtitle keyh!


3. Karok key. Dulu aku dengan geng selalu pergi ke Karok Key jamban yang seringgit tu. Biar la sempit, sampai sepuluh orang manusia pun boleh muat!! ok, itu saya tipu sikit. Anda semua jangan masuk ramai-ramai k. Paling tak best bila sorang lahanat ni kentut sesuka hati nya, yang lain redha je. hahaha~ Kami beli token satu lagu satu ringgitss. Seronok sangat. hehe~~ Kalau tak lagu awie, mesti M Nasirr~ hahaha~~ Bagi yang tak pernah cuba tu, kamu cuba la. Tak pa kalau kamu sorang-sorang poreber alone, orang lain tak nampak kamu benyanyi macam Faizal Tahir sebab muka kamu menghala TV, bukan pintu.. 


4. Beriadah. Main basikal, tak da basikal, beli. pergi la beriadah. Jalan-jalan pun cukup, tapi bagi kaum-kaum hawa, jangan sorang-sorang keyh. Nanti kena ro.... ok paham.. Beriadah juga ada kaitan dengan aktiviti bersukan. so, go outside and play!! 

5. Buat Homework. Homework da siap belum? bila hantar? Cekgu minta bila? Apa? da tiru Homework kawan? hahaha~


6. Tido. Kadang-kadang kalau kita keboringan, salah satu punca adalah mungkin sebab otak kita sudah kepenatan walaupun badan kita belum lagi penat. Cuba lelapkan sekejap biji mata tu dan enjoy kenikmatan tido kamu.  

7.  Pergi Masjid/Church/Kuil/tempat beribadah. Tak dosa pun, jejak kaki je pun dapat pahala lagi ada. so, go!!


8. Makan. Mengunyah la something biar pun something itu adalah taik gigi sendiri. hahaha~ Makan la makanan yang sehat-sehat seperti sayuran dan buah-buahan. Daging dengan ayam pun sehat juga, tapi jangan di amalkan selalu, nanti jadi gemok, buncit, dan tidak fit. 

9. Minum. Dah makan mesti minum. Manusia memerlukan air sekurang-kurangnya 8 gelas iklan Sunquick setiap hari. Air adalah umpama pelincir kepada tubuh badan kita. Kekurangan air akan menyebabkan badan terasa penat dan lesu dan ini menyumbang kepada keboringan. So, minum la!! 


10. Kacau kawan/geng/adik beradik. Senarai di atas boleh dilakukan samada bersama rakan-rakan mahupun semasa sedang porever alone.. Bagi mereka yang ada teman, apa kata bergurau senda la dengan mereka. PERHATIAN!! JANGAN TERLALU OBER, NANTI TAK PASAL-PASAL SORANG MASUK I.C.U GARA-GARA TERJATUH MENGELAK TAIK HINONG KAWAN.


FYI, blog ni diuruskan oleh beberapa Admin yang Keboringan. So, style karangan kami amat berbeza. Segala salah silap, tolong maaf kan. Kalau tak nak maaf kan...... ADE KU KESAH (TDDMKA)~!! 


pictures are not mine! please don't sue me! 

No comments:

Post a Comment