Wednesday, July 25, 2012

Bukan biodata profile Power Rangers


Terlebey dahulu ya...sebelum aku mengetuk2 papan kekunci keyboard komputer desktop aku nih...aku ingin mau meminta maap banyak-banyak kerana biodata profile yang aku akan muat turun kan dalam belog ini bukanlah biodata artis korea or jepun or omputeh..juga bukan lah biodata pepimpin eh pemimpin negara...bukan juga pelawak antarabangsa pula pro+fi+le..heheh..sowie..Ini hanyalah biodata profile grup kamiboring yang merupakan grup yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2012 iaitu bersamaan dengan tahun lompat.Anggota-anggota kumpulan ini diketuai oleh vokalisnya, pemain keyboard,..bla bla (eh, kite kat mana ni...salah cite da)...sori2

Sunday, July 15, 2012

Kami Di Hari Sunday

Aaahh Sunday~


Ahad-Sunday-Hari Minggu-Hari Tujuh, enak la~~~~ nape enak? sebab nye....

The story begins like this....

Saturday, July 14, 2012

Anak angkat Boss

Setau suma org kat cni laaa..kami punya bos nih xda anak…umur xtau laa da berapa…ada la mungkin 40 ++ mcm tu…tapi xtau pulak aku yang dia ni ada anak angkat…yelaa kan…da xda anak…ambek laa anak angkat..mana la tau..da rezeki bole dapat anak kandung pas ambek anak angkat…
Teringat lak dulu masa pes time jumpa ngan anak angkat boss… dia g bawa kat opis…masa tu dia tgh cuti tapi dia g opis bwa laa anak angkat dia tuh (bawa jalan2 laa kunun tuh)…tym tu aku ni belum lagi laa masuk opis..coz tgh ada keja kat luar opis…tiba2 ja aku didatangi oleh c power rangers pink ni bgtau c anu (bos kami laa) bawa anak angkat dia pegi opis…

Power rangers pink: Ui, tadi c anu bawa anak angkat dia bha pigi opis…
Aku: Ya mehh..anak angkat? Comel ke..laki k pempuan
Power rangers pink: Laki laa…comel juga..mata dia besarrrr dan bulat..pemalu lagi..takut2 dia dengan orang.. main kat bawah meja dia..
Aku: Ooowwh..ye ker…anak sape la yang dia angkat tuh..
Power rangers pink: Tah laa…macam muka anak cina ja aku tgk…anak cina mungkin ae..
Aku: Owhh…(dalam hati: nanti ku masuk gak opis tu..tgk anak angkat c anu tu laa nnt)



Kenapa Bila Kita Menguap Orang Lain Menguap Juga?

Huaarggh~


Semua orang menguap. Aku menguap, dia menguap, kamu juga menguap. Daripada bayi (11 minggu) yang masih di dalam kandungan sehingga lah pakcik tua yang lepak kat depan kedai mamak. Binatang juga pandai menguap terutamanya yang bertulang belakang (vertebrata) termasuk juga ikan. Kenapa kita menguap? Apa tu menguap? Kenapa bila kita mula menguap kawan kita atau orang yang berhampiran dengan kita pun turut menguap sekali? 

Friday, July 13, 2012

Kamar Tidur Paling Dalam Didunia

Zzzzzz.....


Huargh!! -_-" Ngantooook la~


Di Sweden, terdapat sebuah hotel dimana ia terletak 508 kaki bawah tanah. WAW!! Hotel Sala Silvermine 'Experience Living History' ini merupakan sebuah bekas lombong perak dan juga lombong bijih timah. 


F&B01 F&B1 F&B07



Minum Air Daging? Meat Water?


puked~


Ehem~ keep it together. Ok yang ini agak memualkan sanubari usus aku. Percaya atau tidak, "Dinner in a Bottle" cogan kata air botol Meat Water®. Merangkumi pelbagai perisa daripada perisa salad ayam, daging lembu salai, sayap ayam BBQ, bebola daging Italy, dan perisa ekzotik yang lain seperti perisa itik Peking (perisa Sate ketupat tak da ke?)... 

Siapa Yang Menciptakan Bentuk Bulat Kuih Donut?

. . . .O   . . . . .o roll-roll like a dooonat~~

Oh Donat!! Kenapa la kau belobang tengah~ 

Pagi tadi aku bangun tido and bekemas mau pergi kerja. Tetiba aku ternmpak donat yang aku tak abis makan semalam malam kat atas meja aku. Hahahaha~ You guessed it!! Perut aku da berkeroncong kelaparan. So, aku pun bawak la donat tu sekali ke tempat kerja aku. Setiba aku kat tempat kerja, otak aku mula running seperti hardisk desktop Windows95. Tertanya-tanya aku kepada kawan aku, sape ek yang menciptakan kuih donat yang berlubang tengah tu? (sambil makan donat depan kawan aku, tapi dia tak tau tu donat semalam). Hey, im still alive~!!



Thursday, July 12, 2012

Rumah Diperbuat Daripada Botol Plastik

Inovatif

Dahulu aku pernah dengar tentang projek membina rumah menggunakan botol plastik. First impression aku, wow!! memang simply genius!! 

  

   



Wednesday, July 11, 2012

Bagaimana Kucing Anda Mampu Mengawal Fikiran Anda?

Baru-baru ni, pernah tak anda terdengar tentang hal ini? Kucing mampu mengawal fikiran anda? Firstime aku dengar pasal bende ni aku mula rasa pelik (bukan rasa mau terberak), aku tertanya "aik? betul ke?" Then i found out something about kucing. Yes, its true ladies and gentleman. Kalau anda tak jaga kebersihan kucing anda, mereka pasti akan menjadi Host @ pembawa parasit protozoa Toxoplasma gondii. Dalam kes tertentu (HowYourCatIsMakingYouCrazy), parasit ini menyumbang kepada masalah neurologi terhadap manusia. Terdapat kes dimana golongan wanita yang membela kucing yang terjangkit parasit ini lebih cenderung untuk mebunuh diri.


Sample Taxoplasma gondii 

Fakta Tentang Kucing Anda

Meow-meow~~


Siapa ada kucing @ pernah ada kucing angkat tangan!!!!! hehe~ pasti kan~ kalau tidak ada pun mesti pernah nampak kan~ kucing di tepi jalan, rumah jiran, mahupun di depan rumah. Hahaha.. Tapi ada sesuatu yang selalu mengganggu sanubari aku, "Kenapa aku jarang @ tak pernah nampak sekor kucing pun di bandaraya Kuching, Sarawak?" yang aku nmpak adalah patong kucing je.. Hahaha.. 


Ni kali aku nak be'sharing' dengan kamu semua about 'fakta-fakta menarik tentang kucing'.. Tahu kah anda, kucing tak boleh makan cekelet? naaaa~~~ when you finished reading this, you will feel a bit smarter.. LoL



Tuesday, July 10, 2012

Sejarah Office Chair

Kami adalah pekerja-pekerja biasa yang ada boss-boss yang berpikiran "kualiti tinggi, kos rendah" punya mission imposibleyyyy... Memang gila di buatnya kalau kerja company ni, tak macam kerja "perintah".. Santai~ eleh~ mengaku je la.. Masuk pukul 8 keluar pukul 5.. Sabtu halfday, Ahad cuti.. "Emo" Kami Kerja 6 hari Seminggu dari pukul 6.30am hingga 6.30pm~ tak boleh kluar awal seminit pun.. Kalau tak memang menyalak la boss kami.. aduhai.. 

Itu just F.Y.i je.. hahaha~~ Time aku tengah boring, otak aku tetap berfungsi. Mata aku tengok kat kerusi dalam ofis ni, terus otak aku tertanya, sapa la mamat yang menciptakan kerusi ni ek?  This one is about chair & i'm bored. hehehe~~

Kerusi. Barang yang selalu kita guna setiap hari. Tapi kamu pernah tak terpikir siapa lah yang menciptakan kerusi pertama di dunia? Menurut sejarah arkeologi, terdapat kerusi yang di jumpai di dalam makam Firaun Mesir. Ada juga yang menyatakan ia berasal dari zaman Sumarian kerana terjumpa sebuah patung berhala Dewi Inanna yang berumur 4,500 tahun dahulu yang sedang duduk di atas kerusi. Kerusi adalah sesuatu barang yang hanya digunakan oleh golongan-golongan bangsawan sahaja pada masa dahulu. Orang-orang biasa hanya duduk sila diatas tanah. So, kalau kamu tengah duduk di atas kerusi tu ingat-ingat lah bahawa zaman dahulu hanya golongan-golongan elite sahaja yang duduk atas kerusi.



Sunday, July 1, 2012

Apa Nak Buat Apabila Anda Keboringan?

ok2~ sudah tentu la kalau anda sedang keboringan, orang akan berpesan kamu supaya buat la benda-benda yang berfaedah seperti beriadah, bersukan, ataupun mendekatkan diri kepada tuhan dan lain-lain. Tapi benda-benda itu kita akan juga buat, eventually.

hehe~ so enough with the keinsafan sebentar, mari saya inform kamu semua idea-idea yang boleh kamu cuba untuk menghilangkan/mengubati keboringan anda..

Firstly, cuba bawa berbincang dengan geng kamu, apa nak buat bila keboringan. Kalau semua buat muka, termasuk anda sekali, tak da cara lain da selain tanya Encik Google.com~ 

Secondly, apabila suda bertanya dengan Encik Google.com, mesti Encik Google.com suruh baca Blog Kami Boring kan? hahahaa~ itu sebab anda baca ni.. kan...? ^o^ hohoohoo~

Thirdly, sekarang baru kamu perasan something.. ada perasan tak yang aku ni da buangkan masa kamu semua supaya membaca entry ni.. hahahaa~ sori3~ saja je nak begurau sakit kan hati~~ lalalaaalaa~~

Berikut adalah senarai secara Am/General top 10, Apa Nak Buat Apabila Anda Keboringan.. yang selalu kami amalkan.


1. Membaca. Membaca tu kan jambatan ilmu. Baca la bahan-bahan bacaan yang boleh di baca dan selagi boleh dibaca, seperti iklan BR1M Janji Dimenepatikannya di tepi jalan, surat khabar lama yang digunakan untuk lap tingkap rumah, baca blog, baca post FB kawan, baca Twitter (bagi yang ada), baca subtitle movie, dan lain-lain. Selagi boleh dibaca tu, kamu baca je la. Baca kuat-kuat sambil bernyanyi.. Best kan~!! 


2. Menonton Movie. Tak kesah la kamu menonton movie crita apa ka, kat laptop ke, wayang ke kat kantin ke, kat mana-mana la, yang penting kamu tengok movie tu. Paling aku suka tengok crita korea, RUNNING MAN!! Best betul tengok gaya bodoh-bodoh pintar mereka ni. Ketawa terbahak-bahak anda, pasti. Download je, tanya Encik Google.com. Kshownow  Jangan lupa baca subtitle keyh!


3. Karok key. Dulu aku dengan geng selalu pergi ke Karok Key jamban yang seringgit tu. Biar la sempit, sampai sepuluh orang manusia pun boleh muat!! ok, itu saya tipu sikit. Anda semua jangan masuk ramai-ramai k. Paling tak best bila sorang lahanat ni kentut sesuka hati nya, yang lain redha je. hahaha~ Kami beli token satu lagu satu ringgitss. Seronok sangat. hehe~~ Kalau tak lagu awie, mesti M Nasirr~ hahaha~~ Bagi yang tak pernah cuba tu, kamu cuba la. Tak pa kalau kamu sorang-sorang poreber alone, orang lain tak nampak kamu benyanyi macam Faizal Tahir sebab muka kamu menghala TV, bukan pintu.. 


4. Beriadah. Main basikal, tak da basikal, beli. pergi la beriadah. Jalan-jalan pun cukup, tapi bagi kaum-kaum hawa, jangan sorang-sorang keyh. Nanti kena ro.... ok paham.. Beriadah juga ada kaitan dengan aktiviti bersukan. so, go outside and play!! 

5. Buat Homework. Homework da siap belum? bila hantar? Cekgu minta bila? Apa? da tiru Homework kawan? hahaha~


6. Tido. Kadang-kadang kalau kita keboringan, salah satu punca adalah mungkin sebab otak kita sudah kepenatan walaupun badan kita belum lagi penat. Cuba lelapkan sekejap biji mata tu dan enjoy kenikmatan tido kamu.  

7.  Pergi Masjid/Church/Kuil/tempat beribadah. Tak dosa pun, jejak kaki je pun dapat pahala lagi ada. so, go!!


8. Makan. Mengunyah la something biar pun something itu adalah taik gigi sendiri. hahaha~ Makan la makanan yang sehat-sehat seperti sayuran dan buah-buahan. Daging dengan ayam pun sehat juga, tapi jangan di amalkan selalu, nanti jadi gemok, buncit, dan tidak fit. 

9. Minum. Dah makan mesti minum. Manusia memerlukan air sekurang-kurangnya 8 gelas iklan Sunquick setiap hari. Air adalah umpama pelincir kepada tubuh badan kita. Kekurangan air akan menyebabkan badan terasa penat dan lesu dan ini menyumbang kepada keboringan. So, minum la!! 


10. Kacau kawan/geng/adik beradik. Senarai di atas boleh dilakukan samada bersama rakan-rakan mahupun semasa sedang porever alone.. Bagi mereka yang ada teman, apa kata bergurau senda la dengan mereka. PERHATIAN!! JANGAN TERLALU OBER, NANTI TAK PASAL-PASAL SORANG MASUK I.C.U GARA-GARA TERJATUH MENGELAK TAIK HINONG KAWAN.


FYI, blog ni diuruskan oleh beberapa Admin yang Keboringan. So, style karangan kami amat berbeza. Segala salah silap, tolong maaf kan. Kalau tak nak maaf kan...... ADE KU KESAH (TDDMKA)~!! 


pictures are not mine! please don't sue me!