Saturday, July 14, 2012

Kenapa Bila Kita Menguap Orang Lain Menguap Juga?

Huaarggh~


Semua orang menguap. Aku menguap, dia menguap, kamu juga menguap. Daripada bayi (11 minggu) yang masih di dalam kandungan sehingga lah pakcik tua yang lepak kat depan kedai mamak. Binatang juga pandai menguap terutamanya yang bertulang belakang (vertebrata) termasuk juga ikan. Kenapa kita menguap? Apa tu menguap? Kenapa bila kita mula menguap kawan kita atau orang yang berhampiran dengan kita pun turut menguap sekali? 




  

 

Pada masa ini, tidak ada jawapan yang tepat bagi misteri ini. Ia telah membuat manusia terpikir-pikir tentang misteri ini. Apa yang ada hanyalah beberapa teori (ada juga yang telah di eksperimen kan) yang boleh menjelaskan sedikit sebanyak tentang mengapa kita menguap? 



Image of a yawning newborn baby like 3D ultrasound of baby in mother s womb  Stock Photo - 12639571



Sebelum kita menjawab soalan yang lebih tinggi level of difficulties nya, kita find out dulu tentang ''Apa itu menguap?". So, apa tu menguap? Menguap atau dalam google translate nya yawn (yawning) adalah suatu tindak balas refleks dimana kita membuka mulut kita sebesar-besar mulut dinosaur dan bernafas sedalam-dalam nya. 


Teori-teori yang telah menyelubungi misteri ini adalah:


Teori Fisiologi
  • Kita semua tahu apabila kita kepenatan, mengantuk, mahupun keboringan kita akan mula menguap. Ini adalah kerana badan kita telah menghantar signal kepada otak untuk menambahkan Oksigen dan mengurangkan Karbon Dioksida didalam badan. Teori yang selalu cikgu kita inform kita ni selalu nya digunakan bagi meng'explain' tentang 'mengapa kita menguap?' tetapi tidak kah kamu semua terfikir kalau kita menguap kerana kurang oksigen, tak ke kita akan asyik menguap semasa ber'excercise'? Seorang neuroscientist dari Universiti Maryland, Baltimore County yang bernama Robert Provine telah menjalankan eksperimen tentang teori ini. Hasil daripada eksperimen beliau, didapati bahawa menambahkan kadar Oksigen tidak mengurangkan peng'uap'an dan mengurangkan kadar Karbon Dioksida juga tidak mengelakkan daripada menguap. Yawn

Teori Evolusi

  • Sesetengah cendikiawan yang cerdik pandai macam Darwin percaya yang fenomena menguap ini berasal daripada nenek moyang kita yang menggunakan cara menguap untuk menunjukkan gigi dan menakutkan pihak musuh. Yawning
Teori Ke'boring'an
  • Teori ini bukan kami yang asaskan k. Hahaha. Walaupun kita menguap semasa kita keboringan tetapi ini tidak menjelaskan mengapa sesetengah atlet Olimpik menguap juga sebelum mereka bertanding dan juga mengapa anjing menguap sebelum melakukan serangan terhadap anjing lain. Kucing juga menguap, kenapa? Boring ke kucing tu? So, teori ni agak susah untuk diterima pakai logika. 
Teori Penyejukan Otak
  • Ini merupakan teori yang baru timbul hasil daripada pakar penyelidik. Teori ini menyatakan otak berfungsi seperti processor desktop/laptop anda. Sekiranya panas, ke'efisyen'an processor akan menurun sama juga sekiranya dibandingkan dengan otak kita. Disebabkan otak kepanasan, maka ia menghantar signal ke badan supaya menguap untuk menyejukkan otak kita. Teori ini disertakan dengan kajian eksperimen dimana subjek telah di uji untuk bernafas melalui hidung @ meletakkan paket sejuk dan panas di dahi mereka (ia adalah cara untuk menyejukkan/memanaskan otak anda). Bernafas melalui hidung akan menyejukkan kapilari darah yang bersambung dengan otak (seperti rediator enjin). Sekiranya kita bernafas melalui mulut, kapilari darah yang bertugas untuk menyejukkan otak tidak akan dapat disejukkan. Oleh kerana itu lah kita menguap. Jadi apa lah kaitan otak panas dan otak sejuk? Otak dingin mampu berfikir dengan lebih jelas, maka menguap mampu membantu kita untuk berfikir dengan lebih jelas. So, kalau anda tidak suka menguap, cubalah untuk sentiasa bernafas menggunakan hidung. Anda pasti akan perasan perubahan nya~

Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa terjadi apabila kita menguap, kawan @ orang disekeliling juga ikut menguap? Yang menariknya, walaupun semua vertebrata menguap tetapi hanya golongan manusia, chipanzi, dan juga kemungkinan anjing mendapati yang menguap ini boleh berjangkit. 

Didalam suatu kajian, para penyelidik mendapati bahawa 'menguap berjangkit' ini berkait rapat dengan sifat empati seseorang itu. Empathy Yawn Para penyelidik membandingkan pesakit autistik dan tidak autistik. (Autistik adalah suatu sindrom gangguan otak dimana pesakit mempunyai masalah gangguan dalam berkomunikasi dan bersosial). Di dalam kajian tersebut, kedua-dua jenis kumpulan pesakit ini telah di pertontonkan dengan video orang-orang yang sedang menguap dan yang sedang menggerakkan mulut mereka. Didapati bahawa kedua-dua kumpulan ini menguap dengan kiraan yang sama banyak apabila dipertontonkan dengan video orang menggerakkan mulut mereka tetapi kumpulan yang bukan autistik telah menguap dengan lebih kerap semasa melihat video orang menguap secara benar berbanding dengan kumpulan autistik. 

Kajian tersebut membuktikan bahawa pesakit yang tidak autistik mempunyai sifat empati yang lebih tinggi berbanding pesakit autistik. Semakin serius pesakit itu dengan penyakit autistik nya, semakin kurang ia menguap. 

So, its still is a misteri nusantara.

Antara fakta-fakta menarik tentang menguap adalah:
  1. Nguapan yang paling average adalah selama 6 saat
  2. kadar degupan jantung anda mampu meningkat sehingga 30%
  3. Dalam kategori manusia, kita menguap se awal umur 11 minggu (semasa didalam kandungan ibu)
  4. 55% orang akan menguap setelah melihat orang lain menguap
  5. Orang-orang buta akan menguap dengan lebih kerap apabila didengarkan dengan audio orang yang sedang menguap 
  6. Membaca mahupun berfikir tentang menguap akan membuat seseorang itu menguap 
  7. Semasa menaip artikel ni aku da menguap lebih 20 kali.
Brapa kali dah kamu menguap semasa membaca artikel ni? Hahahaa~ 



Daripada NatGeo

4 comments:

  1. 1 sbb plg jelas......MALAS!!!!!!!!!hahahaha.n i2la kamu

    ReplyDelete
  2. jahatnya ko...dosa tau kutuk org malas bulan ramadan ni

    ReplyDelete
  3. Hahahahaa... ju mmg banyak dose.. hahaa

    ReplyDelete