Friday, June 29, 2012

Kami Boring 101



Boring? Macam mana nak tau diri anda sedang keboringan?

Semua orang di dunia ni pernah merasakan perasaan ni. Paling-paling chikai pun mesti pernah rasa sekali. Ya adik-adik kakak-kakak dan abang-abang sekalian, perasaan yang aku maksudkan ni tak lain dan tak bukan perasaan rasa "BORING"..


Manusia-manusia, haish~~ tak habis-habis mengeluh keboringan. Salah satu tanda-tanda terang yang anda tengah keboringan adalah apabila anda sedar yang anda ni tengah termenung jaaaaauuuuuh sambil memikirkan apa yang nak dibuat hari ni. NAH!! tu dia, keboringan.

Perkataan BORING yang selalu anda cakap tu berasal daripada perkataan omputeh yang berbunyi seperti ini "BORED" yang bermaksud bosan. Bila bosan je mesti kita cakap "Haish!! Boring laaaa~!!!” sambil menggaru-garu kepala.

Boring ni juga boleh dikategorikan dalam konteks penyakit yang berjangkit sebabnya senang sangat berjangkit dgn orang yang berdekatan. Kalau anda kata anda boring, kawan/sahabat/geng anda juga akan mengeluh dan bersetuju dengan statement anda itu.

Bila sudah boring tu, mmg semua benda yang sedang dilakukan di katakan boring padahal pada masa tu anda sedang melakukan suatu aktiviti. Contohnya, sedang anda melakukan kerja, anda kata “boring la kerja ni”, masa makan anda kata “boring la hari-hari makan ni”,masa main pun boleh pulak kata boring. Aku setuju kalau orang kata “boring la kerja ni~” tapi kalau tengah main pun boring, macam mana la?

Tengok mcm aku ni, boring-boring taip blog biar orang lain yang boring jugak baca. Ya la, anda la tu yang saya maksud kan, klau tak boring mana la nak baca, kan?

Ok, cukup post Kami Boring 101 utk hari ni, next post “Apa Nak Buat Bila Anda Keboringan”




1 comment:

  1. TITIAN PICYCLE LEAP HANDICAP HANDICAP TINY
    TITIAN PICYCLE head titanium ti s6 LEAP HANDICAP HANDICAP TINY titanium engagement rings for her CLAP HANDICAP titanium bikes TINY CLAP titanium ore HANDICAP ion titanium on brassy hair HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP HANDICAP

    ReplyDelete