Thursday, July 12, 2012

Rumah Diperbuat Daripada Botol Plastik

Inovatif

Dahulu aku pernah dengar tentang projek membina rumah menggunakan botol plastik. First impression aku, wow!! memang simply genius!! 

  

   






Sekarang, projek ini yang telah diasaskan oleh Andreas Froese seorang bangsa German yang sangat inovatif dan kreatif, telah membawa projek beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Andreas Froese, pengasas ''ECO-TEC'' (f. 2001) telah membantu ramai masyarakat luar bandar.


Beliau telah mendapat pelbagai anugerah alam selkitar keatas inovasi beliau. Penggunaan botol plastik yang diisi pasir @ tanah liat ini merupakan salah satu cara dalam menangani masalah pencemaran sampah-sarap. Kalau kat Meleysia ade ke orang nak buat rumah macam ni? 





Kelebihan botol minuman plastik berbanding batu-bata yang biasa digunakan sebagai bahan pembinaan rumah adalah seperti: 

1. Tidak rapuh - Tidak seperti batu-bata yang mudah pecah apabila dijatuhkan ke tanah.

2. Kos rendah - Tau tak harga sebiji batu-bata brapa? Mesti lebih mahal berbanding botol plastik yang    
dijumpa dalam tong sampah kan~

3. Meresap Hentakan Minimun

4. Bio-Klimatik

5. Boleh di kitar semula

6. Lebih kurang menggunakan bahan binaan yang lain 

7. Mudah untuk dibina

8. Bak kata omputeh "its a go green construction"

Read this also Inspirationgreen.com

Artikel Asal Instructables

1 comment: